Sate[1]
(ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi.
Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada
lidi kelapa /
buluh dan dibakar menggunakan api
arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang
jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.
[perlu rujukan]
Selain sate
lembu dan
ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
- Sate arnab
- Sate perut
- Sate pedal
- Sate kerang
- Sate ikan
- Sate ampai-ampai
Kebanyakan orang
Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan
nasi dalam bentuk
ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa.
Kuah sate disediakan daripada
kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai
herba.
Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan
bawang merah dan
timun, selain ketupat nasi atau
nasi himpit.
Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate
Kajang. Di
Bayan Baru,
Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di
Ipoh,
Muar dan
Johor Bahru.
Sate bukan menu makanan
Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara
Asia Tenggara lain. Di
benua Amerika Selatan iaitu di negara
Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.
Kita sedia maklum ramai orang
Indonesia dibawa oleh penjajah
Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua
Amerika Selatan.
Di Malaysia sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji
Tasmin bin Sakiban
di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke
rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi
perniagaan beliau adalah jenis
perniagaan bergerak
ataupun peniaga kandar. Ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh
peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya
boleh dilihat di dalam filem
Pontianak Gua Musang.
Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersilkan sate Kajang ini. Jika
dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate
dijual dibangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi,
menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.
Penerbangan Malaysia dan
Singapore Airlines menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang kelas Pertama dan kelas Bisnes masing-masing.
0 comments:
Post a Comment